Boleh datangkan fitnah ni, netizen selar 'content' 'YouTuber' berduaan dengan perempuan dalam bilik

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak kebelakangan ini, saluran YouTube dilihat menjadi pilihan anak muda untuk menjana duit dengan lebih mudah hingga pelbagai pengisian cuba diwujudkan.

Ammar Nazhan, sering menghasilkan video ‘prank’ dan memuat naik ke saluran YouTuber dengan pelbagai sketsa pendek untuk meraih perhatian para penonton.

Kantoi berduaan dalam bilik.

Sehubungan itu, salah satu video pranknya telah mendapat perhatian ramai apabila rakannya dikatakan kantoi berduaan dengan seorang wanita di dalam bilik di rumah sewa mereka.

“Kau ada sentuh dia tak?”

Difahamkan pada awalnya hanya ingin mengenakan salah seorang dari mereka sahaja namun tidak sangka pula keadaan menjadi tegang sehingga mereka hampir bergaduh dan bertumbuk.

Dalam video berkenaan, dua rakan dikenali sebagai Rahim dan Am seakan-akan geram apabila melihat rakannya Amir berduaaan dengan gadis dikenali sebagai Teha.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen yang menonton video tersebut. Ada yang memuji akan jalan ceritanya namun ada juga yang tidak senang akan tindakan mereka duduk berdua-duaan dengan gadis di dalam bilik.

Prank paling baik

Prank datangkan fitnah ni

Reaksi di TikTok.

Video tersebut juga telah dikongsi di platform TikTok, malah rata-rata netizen menegur tindakan mereka yang dikatakan 'memalukan'.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen