Pemandu lori 'sondol' tujuh kereta tak alami kecederaan, rupanya positif dadah

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, tular di laman sosial video sebuah lori melanggar beberapa kenderaan dari arah berlakang hingga merosakan sekurang-kurang tujuh kenderaan ketika berada sedang berhenti di lampu isyarat merah Jalan Ipoh, dekat Sentul, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Utusan online, pemandu lori berkenaan dipercayai memandu dalam pengaruh dadah hingga menyebabkan seorang cedera dalam kemalangan terbabit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebaik tiba di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit telah gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Katanya, kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua kenderaan jenis Myvi berwarna Kuning dan putih serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL.

“Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang,” katanya.

Dalam pada itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibuat ujian alkohol bagaimanapun tidak dibawah pengaruh sebaliknya ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen