"Dah nampak baby bump." - Netizen teka Neelofa sedang hamil?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak bulan lalu, ramai yang mula berteka teki akan status kehamilan usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa yang didakwa sedang berbadan dua.

Malah, sebelum ini aksi usahawan terkenal ini megusap perut terakam ketika sesi siaran langusng mempromosikan produknya namun, tiada kenyataan dari pihak Neelofa.

Bagaimanapun, perkara ini sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila mereka yakin bahawa isteri kepada PU Riz itu sedang hamil.

Perkara tersebut disedari oleh netizen menerusi satu posting di Instagram yang mendakwa sosok tubuh Neelofa kelihatan berbeza berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu, mereka turut mendakwa bahawa ‘baby bump’ Neelofa semakin terlihat dan menjawab teka teki dalam kalangan mereka.

Bahkan, posting yang dibuat di Instagram @markaztijaari itu juga dihujani dengan ucapan tahniah akan kehamilan usahawan berkenaan.

Neelofa macam hamil?

Nampak baby bump la

Untuk makluman, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen