Netizen 'ungkit' gosip cinta lama Ella bersama Rashid Sidek. - "Ala cerita lama, hanya kawan..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, Malaysia berjaya meriah pingat emas dalam suakn badminton di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, nama penyanyi Ratu Rock negara, Ella Aminuddin turut menjadi sebutan netizen berikutan pernah dikaitkan dengan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek.

“Ala, cerita lama...”

Malah, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @LinkitMy memuat naik keratan akhbar sekitar tahun 1990-an yang memaparkan Ella bersama Rashid Sidek.

Dalam foto tersebut, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 55, menunjukkan jari tanda bagus kepada Rashid.

Perkara tersebut mengudang persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya adakah Ratu Rock negara mempunyai hubungan istimewa dengan jaguh badminton itu.

Tidak mahu netizen berteka teki lagi, Ella tampil menafikan dakwaan tersebut malah mengakui hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan.

“I tengah tunggu husband...”

Bagaimanapun, terdapat ciapan dari pengguna Twitter dikenali sebagai @lisahadeeja meluahkan bahawa dia pernah ‘berangan’ melihat Ella bersama Rashid mendirikan rumahtangga.

Perkara tersebut juga mendapat perhatian Ella yang berseloroh bahawa dia menunggu suaminya, Azhar Ghazali yang masih di bangku sekolah ketika itu.

"Takk, sebab I tengah tunggu husband, waktu tu dia masih sekolah..."

Lagu Ella jadi siulan

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen membanjiri lirik lagu nyanyian Ella yang masih menjadi siualan mereka.

Untuk makluman, Ella mendirikan rumah tangga dengan Azhar pada 7 Julai 2012.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen