'Rider' luah rasa kecewa kena 'sidai' tepi jalan, tapi 'bebelan' dalam loghat Perak pula jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang penghantar makanan sememangnya perlu berdepan dengan pelbagai gelagat pelanggan yang percaya mereka ini sentiasa betul.

Lagi ‘rider’ kena sidai.

Terbaru, tular di media sosial akan seorang penghantar makanan ‘Grabfood’ yang ‘disidai’ oleh pelanggan apabila meletakkan alamat yang salah ketika membuat tempahan.

Lebih sedih lagi apabila alamat yang diberikan itu adalah dipinggir jalan yang berjauhan dari rumah ataupun tempat menunggu.

Dah ‘call’ & mesej tapi tak berbalas.

Bagaimanapun, ‘celoteh’ penghantar makanan itu menarik perhatian apabila dia bertutur dalam loghat Perak ketika meluahkan rasa terkilan akan pelanggannya yang tidak meletakkan alamat tepat.

Menurut ‘rider’ yang dikenali sebagai Haslizul Mohd Ramli itu, dia telah membuat panggilan dan menghantar mesej namun semuanya tidak berbalas malah dia terpaksa menunggu lama di tepi jalan itu sedangkan banyak urusan penghantaran yang masih dia perlu lakukan.

“Aje pekat bebenor loghatnyee.”

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet terhibur akan loghat Perak yang digunakan rider berkenaan. Selain berharap pelanggan lebih bertanggungjawab sekiranya membuat pesanan.

Yang order tu bertanggungjawab sikit

Tinggai je tepi jalan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen