"Kami baik-baik je..." -Pelakon Indonesia tekad tak nak bercerai walaupun isteri kantoi curang

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, kecoh di media sosial akan pergolakkan rumah tangga pelakon Indonesia Kenang Mirdad bersama Tyna Kanna.

Perkara tersebut timbul selepas Tyna Kanna didakwa kantoi menjalinkan hubungan cinta bersama rakan berbasikalnya. Malah, Tyna juga dikatakan telah membuat pemohonan cerai selepas hubungannya kantoi dengan suaminya.

Masih tinggal bersama.

Susulan itu, Kenang Mirdad tampil menjelaskan keadaan rumahtangganya yang dilanda kontroversi dengan menyatakan bahawa dia akan tetap mempertahankan perkahwinannya.

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia masih tinggal sebumbung bersama isterinya dan dua orang cahaya mata mereka. Dia juga mengingatkan Tyna bahawa keluarga adalah perkata penting dalam hidupnya.

“Komunikasi dengan Tyna masih baik. Kami masih di rumah yang sama, masih makan bersama, masih bercakap.

“Yang jelas dari saya adalah saya sangat menyayanginya. Sayang sekali kami telah berkahwin selama 12 tahun, sudah mempunyai dua anak, apa lagi yang dicari... mesti la keluarga.”


Baik-baik saja.

Kenang juga menolak dakwaan bahawa rumah tangga yang dibina bersama Tyna selama 12 tahun itu tidak bahagia.

“Saya dan Tyna berada dalam keadaan baik. Kami masih dapat memenuhi keperluan bulanan kami, kami masih boleh membawa anak-anak berjalan-jalan, makan di luar. Aman semuanya.”

Bagaimanapun, difahamkan perbicaraan kes penceraian pasangan ini akan tetap berlangsung pada 21 September ini.

Sebelum ini, Tyna didakwa membuat pemohonan cerai selepas dirinya kantoi berlaku dan menjalinkan hubung cinta dengan kawan baik suaminya.

Media Indonesia juga turut melaporkan bahawa Kenang melihat sendiri isterinya bercium dengan seorang lelaki di dalam tandas selepas tamat aktiviti berbasikal. Walau bagaimanapun, Kenang memilih untuk memaafkan isterinya.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen