Bakal nikah Disember ini, Dato Seri Vida belum berani beritahu Cik B. -"Dia agak protektif..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa minggu ini, khabar angin usahawan kosmetik Dato Seri Vida bakal menamatkan zaman solonya bersama bekas pembantu perbadinya menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, pemilik nama Hasmiza Othman itu juga telah membuat ujian kesuburan bagi memastikan dirinya boleh hamil lagi sekiranya dia mendirikan rumah tangga kelak.

Impikan ‘wedding of the year’.

Memetik laporan Kosmo online, Dato Seri Vida mengakui akan kesahihan khabar angin kononnya akan menamatkan zaman janda dengan lelaki muda bernama Ahmad Iqbal Zulkefli menjelang Disember nanti.

“Memang betul nak kahwin. Bukan main-main atau publisiti kerana saya rasa memang jodoh dah sampai.”


Katanya, dia mengimpikan sebuah perkahwinan gilang-gemilang dan berharap Pelan Pemulihan Negara (PPN) disebabkan virus Covid-19 sudah ditamatkan pada Disember.

“Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat. Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti.

“Saya percaya, bukan hanya media tempatan yang akan hadir membuat liputan tetapi media Indonesia turut akan berpusu-pusu membuat liputan,” katanya.

Dah buat Istikharah.

Vida juga mengakui telah meminta pentunjuk daripada Allah SWT untuk urusan jodohnya dan tekad untuk berkahwin dengan Iqbal biarpun berjarak usia sebanyak 22 tahun.

“Saya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya dah lama berkawan dengannya (Iqbal). Saya tak minta banyak cuma doa yang baik-baik daripada orang ramai agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga hujung nyawa,” ujarnya.

Tak berani nak beritahu Cik B.

Bagaimanapun, dia belum ada keberanian berbincang perkara tersebut dengan anak-anaknya terutama Cik B atau sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” tambahnya.

Semalam, DSV ada berkongsi akan jangkaan tarikh perkahwinannya dan Iqbal sendiri tampil memberikan respons ketika sesi live berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas yang berbunyi “Bulan 12”.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen