Selesai misi jihad 2 bulan, Caprice selamat pulang ke tanah air

Kepulangan yang dinanti-nantikan, penyanyi rap Caprice akhirnya selamat tiba di Malaysia setelah lebih 2 bulan membawa diri ke Mesir bagi misi jihadnya.

Selamat tiba di Malaysia

Perkara itu telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi muat naik hantaran terbaharunya di IG.

 

 Jalani kuarantin pula sebelum pulang

Ucapnya dalam kapsyen, pemilik nama Ariz Ramli itu berterima kasih atas bantuan pihak-pihak pengurusan yang telah mempermudahkan perjalanan pulangnya ke Malaysia.

Selain itu, dia turut memaklumkan akan menjalani tempoh kuarantin pula selama 10 hari sebelum pulang ke rumahnya.

Terdahulu, hasrat Caprice untuk ke Gaza bagi menjalani misi kemanusiaan di sana disambung baik oleh sebahagian rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi pada ketika itu isu persaudaraan di sana masih hangat diperkatakan.

Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerjaan di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen