"Saya terima apa orang kata..." -Tak hirau kritikan, Janna Nick nekad tak padam gambar nampak dada

Janna Nick akhirnya buka mulut susulan tular kontroversi yang menghimpitnya selepas memuat naik foto hingga menampakkan bahagian dada.

"Saya terima apa orang kata..."

Ujar pelakon terbabit, netizen mungkin terkejut dengan imej berkenaan berikutan sudah terbiasa melihat dia berpenampilan 'boyish'.

"Kalau orang kata saya seksi, saya terima. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima."

"Apabila kita sendiri memilih untuk upload gambar yang mengundang kecaman saya kena terimalah, saya tahu ada kecaman."

-Janna Nick-

"Saya bukan jenis delete kalau kena kecam"

Tambah pemilik kepada nama Nurul Jannah Munir, dia bukanlah sejenis yang suka padam semula gambar yang telah dikongsikan, jadi dia juga perlu terima segala kritikan dari netizen.

"Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam, Tapi apabila ada artis lain yang pakai tube dan seluar pendek tak ada orang pun datang bash."

"Mungkin orang terbiasa dengan imej saya sebelum ni yang agak boyish, jadi mereka terkejut tengok apabila saya kenakan pakaian yang agak seksi."

-Janna Nick-

Ingin pengakhiran hidup yang baik

Sementara itu, Janna turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia berubah menjadi insan lebih baik.

Menurutnya, sebagai manusia dia juga ingin pengakhiran hidup yang lebih baik.

"Jadi apa yang saya boleh katakan di sini, just doakan saya untuk jadi yang terbaik..."

"Macam Zizi Kirana dulu imej seksi sekarang Alhamdulillah dah bertudung ..."

"Kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang.

-Janna Nick-

Terdahulu, Janna Nick ada memuat naik satu foto sempena hari kemerdekaan di Instagram. Rata-rata netizen amat terkejut melihat penampilan pelakon berkenaan sehingga ruangan komen dibanjiri kritikan dan tak kurang juga yang menegur.

Bagaimanapun, akhirnya Janna tampil buka mulut serta memperjelaskan tindakannya yang berbuat demikian.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen