"Jujur tak terasa hati, itu strategi Caprice..." -Misi jihad dipertikai, Caprice jawab isu buat MV di Jordan

Berikutan hangat isu membabitkan penyanyi rap, Caprice sejak kebelakangan ini, penyanyi berkenaan tampil menjawab segala persoalan netizen terutamanya berhubung misi jihadnya di Mesir.

 

Jawab isu buat MV di Jordan

Seperti sedia tahu, kini Caprice sedang menjalani kuarantin selepas pulang dari Jordan. Bagi memenuhi waktu terluangnya, dia telah membuka sesi bersoal jawab dengan peminat di Instagram.

Mengambil pendekatan itu, rata-rata pengikutnya di platform tersebut tidak ketinggalan untuk bertanya soalan-soalan berhubung misi jihadnya sekaligus meminta agar penyanyi itu mengulas tujuan muzik video lagu 'Yalla Yalla Yalla' dibuat.

"Cuba ingat balik macam mana Caprice mula karier dekat Malaysia?"

"Buat lagu, buat MV untuk 'tangkap' anak muda kita, buat hujah..."

"Itu strategi Caprice"

Selain itu, berkenaan dengan persoalan orang ramai berhubung misi jihadnya, Caprice memberitahu bahawa itu adalah strateginya.

Tambahnya, dia mengambil pendekatan dengan lagunya bertajuk 'Koyak' sebelum ini.

"Sebab orang Malaysia fikir, kita buat untuk Malaysia..."

"Macam lagu koyak, apa cara paling best untuk masuk tempat baru dan bagi salam kepada orang muda... buat lagu, itulah cara Caprice."

"Alhamdulillah, tak terasa langsung."

Sehubungan itu, dia turut akui tidak terasa dengan segala makian serta hinaan orang ramai berhubung misinya. Ujarnya, makin lama orang akan nampak apa yang cuba dilakukan olehnya selama ini.

"Alhamdulillah bro, Caprice tak terasa langsung... Saya makin lama orang akan nampak semuanya bila kita bongkar kebenarannya..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen