"Dekat rumah ja, tengah main tanah..." -Rita Rudaini 'berang' difitnah rakan industri kata pergi 'shooting'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak-sejak diberi kelonggaran kepada penggiat seni yang sudah lengkap vaksinasi, ramai golongan tersebut memberi ulasan mengenai segelintir artis yang menolak vaksin.

Terbaru, nama pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian apabila dia mendedahkan bahawa dia telah difitnah melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan didakwa melakukan penggambaran sedang dirinya belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kesal akan dakwaan tersebut, Rita memuat naik luahan hatinya di IG story dengan mendedahkan bahawa fitnah tersebut datang daripada rakan industri seni juga.

Katanya, dia sibuk melakukan tugas harian di rumah bukannya pergi penggambaran seperti yang dikecohkan.

“Ada rakan industri fitnah sis. Cakap sis tengah shooting. Sis takda vaksin. Kecoh ini dok menjaja. Alahai sabar la wahai teman. Sis ni kat rumah ja, tak pergi mana pun. Tengah main tanah, masak, kemas rumah.”


Pelakon berusia 45 tahun itu juga mengingatkan bahawa kepada individu berkenaan agar percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan.

Malah, dia juga tidak kisah sekiranya digugurkan dalam mana-mana penggambaran kerana belum vaksin.

“Jangan takut dengan rezeki awak, rezeki kita tak sama. Tuhan dah asingkan dah. Tak payah nak berebut wahai teman. Percaya dengan rezeki Tuhan tetapkan.

"100 episod nama sis digugurkan pun sis okay, sebab bagi sis Allah dah tulis macam tu. Sis sentiasa bersangka baik, sebab apa yang Dia tak bagi tu ada sebabnya dan Dia tak pernah hampakan hamba-hamba dia. Apa yang dengki sangat dengan sistur? Tak relax ka?”

Terdahulu, nama pelakon berkenaan menjadi sebutan netizen gara-gara berkongsi merebus bunga cengkih selain turut mendakwa dirinya antivaksin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen