Ustazah Asma' Harun persoal kelonggaran buka pawagam. -"Kenapa tak buat pada masjid? "

Susulan kelonggaran kerajaan yang membenarkan pawagam kembali dibuka, siapa sangka ia mendapat pelbagai respon dari banyak pihak dan antaranya dari penceramah bebas, Ustazah Asma' Harun.

Bersuara kelonggaran buka pawagam

Beliau dalam kenyataannya mempersoalkan keputusan tersebut dibuat meskipun keadaan negara masih belum pulih sepenuhnya sementara masjid pula belum dibuka mengikut kapasitu keluasan.

 

 

"Maaf sangat, saya baca di ruangan komen KKM memang ramai yang tak puas hati dan banyak pihak buat perbandingan dengan masjid yang masih belum dibuka untuk kapasiti mengikut keluasan, kuliah dhuha dan lain-lain pengajian Islam, tetapi pawagam dengan kapasiti 50%."

"Ia dilihat tak seimbang"

Menurut beliau, keputusan tersebut dilihat tidak seimbang, seolah-olah kurang muafakat dan teliti tetapi mahu atau tidak kita semua perlu akur dengan kelonggaran yang telah dibuat.

"Namun, kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik..."

"Kita juga hormati dan faham bahawa Pengurusan Agama adalah di bawah kuasa negeri masing-masing..."

-Asma' Harun-

Dalam pada itu, dia turut berharap agar dapat mengubati rasa rindu terhadap surau dan masjid serta majlis ilmu seperti sebelum ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen