Alahai, 'bersemut' tengok Remy Ishak 'sakat' isteri 'promote' kasut

Oleh: Zuzu Yasmine

Diam-diam dah tiga minggu usia perkahwinan pelakon Remy Ishak dengan gadis pilihan hatinya, usahawan kasut, Ezza Yusof.

Bagaimanapun, pasangan ini masih lagi menjadi perhatian ramai terutama apabila mereka terlihat bersama ketika sesi live di Instagram Ezza baru-baru ini.

Awalnya, pelakon berusia 39 tahun itu hanya munculkan sedikit sahaja untuk melihat pada sesi live berkenaan namun datang lagi semula untuk mengusik isterinya.

Difahamkan, ketika itu Ezza sedang mempromosikan kasut keluaran terbaru jenamanya, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu sempat mengusik isterinya dengan menyatakan bahawa kasut berkenaan agak mahal.

“Mahalnya kasut sampai RM119. Apa benda pakai kasut sampai seratus lebih,” usik Remy.

Tidak hanya itu, Remy turut menggayakan salah satu kasut yang dipromosikan sambil menari-nari sehingga mengundang tawa isteri tercinta apabila melihat gelagat suaminya itu.

“Terima kasih, semoga awak dimurahkan rezeki suamiku. Amin,” kata Ezza.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat pasangan berkenaan selain turut mendoakan pasangan itu berkekalan.

Kuat menyakat rupanya

Sweetnya pasangan ni

Moga berkekalan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen