Bergambar atas pelamin, Mimi Lana dah selamat bertunang?

Perkongsian terbaharu Mimi Lana di Instagram mengejutkan banyak pihak. Bukan sahaja rakan selebriti bahkan juga peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.

 

Mimi Lana dah nak kahwin?

Kisah percintaannya kini bukan lagi menjadi rahsia, lebih-lebih lagi pernah gempar sewaktu ketika dahulu akan perpisahannya dengan kekasih yang juga merupakan selebriti.

Namun, siapa sangka muat naik hantaran tersebut mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan mereka.

Dia yang mengenakan sepasang abaya berwarna hitam, duduk sopan di atas kerusi pelamin dalam keadaan kedua-dua belah tangannya dihiasi seni inai.

Beserta dengan itu, dia turut menulis kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.

"Life is short, make every mehndi count! Have a nice wonderful weekend everyone..."

"Itu majlis sepupu saya..."

Bagaimanapun, Mimi Lana menerusi muat naik Story IG tampil menjelaskan bahawa hantaran tersebut adalah bagi meraikan hari pernikahan sepupunya hari ini.

 

Selain memohon maaf selepas memuat naik hantaran undang salah faham, Mimi Lana turut berterima kasih kepada peminat dan rakan artis yang mendoakan kebahagiaan buatnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen