Hasrat kahwin tergantung, DSV nangis di IG live harap anak lembut hati, -"Saya tahu dia anak baik..."

Kisah percintaan Dato' Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya yang hanya ingin dikenali sebagai Iqbal bukanlah lagi rahsia dalam kalangan netizen.

Namun, sejak kebelakangan ini nama mereka terus menjadi tumpuan media selepas mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Disember tahun ini.

Bagaimanapun, siapa sangka hasrat DSV dan Iqbal tidak disambut baik oleh anak perempuannya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

DSV mohon doa Cik B lembut hati

Pun begitu, DSV menerusi sesi live malam tadi memohon doa orang ramai supaya anaknya itu dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan.

"Saya tahu Cik B perlukan masa... apapun doakan supaya di lembut hati dalam segala urusan..."

"Termasuklah menjadi anak yang solehah, hebat, rajin berbisnes, cantik dan kurus..."

-DSV-

Ketika sesi live berlangsung, DSV turut gagal menahan sebak sehingga akhirnya dia menitiskan air mata setiap kali bercerita tentang anak perempuannya itu.

Untuk makluman, kisah Vida dan Iqbal mula menjadi bualan dan perhatian dalam kalangan netizen ketika sesi live usahawan itu dengan Dato' Aliff Syukri.

Tanpa sedar, Aliff Syukri 'terpecah lubang' membangkitkan isu tersebut namun, DSV tidak sekali pun menafikan perkara tersebut sebaliknya akui akan perasaannya dengan bekas pembantu peribadinya itu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen