Kantoi curang depan mata, tanpa rasa bersalah kekasih pura-pura tak kenal teman lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam percintaan ini, kesetiaan dan kejujuran itu adalah salah satu perkara penting untuk memastikan hubungan yang terjalin mampu berakhir dengan sebuah rumah tangga.

Kantoi curang depan mata.

Bagaimanapun, lain pula terjadi pada pemuda ini apabila berjaya ‘menangkap’ kekasih hatinya yang kantoi keluar bersama lelaki lain di depan matanya sendiri.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @nano_yuko, di merakam detik kekasih hatinya bersama lelaki lain sedang berjalan ke sebuah kereta.

Walau bagaimanapun, video tersebut telah dipadam di ruangan akaun TikTok berkenaan namun sempat di simpan oleh pengguna Twitter @aemieruls_ dan dimuat naik kembali.

“Hai sayang...”

Kecewa melihat keadaan tersebut, pemuda berkenaan datang menyapa kekasihnya namun dibalas acuh tak acuh sahaja.

Bagaimanapun, kekasihnya itu pura-pura tidak mengenalinya dan hanya menyatakan bahawa dia dan lelaki berkenaan sekadar rakan sahaja.

Kenapa, hang siapa? Kawan akula kenapa? Apa benda?” ujar wanita berkenaan.

Menurut pemuda berkenaan, ini bukan kali pertama kekasihnya itu kantoi malah ini adalah kali kerdua terjadi dalam hubungan mereka.

Video berdurasi 32 saat itu menarik perhatian ramai hingga ditonton lebih 1.7 juta tontonan malah pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen berkenaan perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen