Tak kisah bersuamikan posmen, tapi luahan suami pula undang sebak. -"Sorry, abang posmen je."

Setiap orang mengimpikan pasangan hidup yang baik. Tolak tepi dahulu hal-hal yang bersangkut paut dengan harta dan juga rupa paras sebaliknya lihat kesungguhan dia untuk menghalalkan orang yang dicintai.

Tak kisah bersuamikan posmen

Mengambil pendekatan serta contohnya, mungkin kita dapat lihat menerusi perkongsian di Tiktok oleh pengguna bernama Fiza.

Kagum lihat kerajinan suami

Dia yang juga merupakan seorang graduan Institusi Pengajian Tinggi tak kisah pun bersuamikan seorang posmen sebaliknya dia bangga melihat keikhlasan serta kesungguhan sang suami dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Menurut Fiza, selain berkerja sebagai posmen, suaminya juga ada melakukan kerja lain seperti penghantar pizza, pomen baiki kereta serta mengembala kambing.

"Sorry, abang posmen je..."

Namun, apa yang membuatkan Fiza tersentuh apabila suaminya meminta maaf mengenangkan nasib dirinya yang hanya bekerja sebagai posmen.

 

"Yang penting ada usaha"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya kagum melihat pendirian Fiza yang langsung tidak memandang kekurangan suaminya, malah menerima dia apa adanya.

"Bahagia bila saling menerima"

"Aku respect family dia..."

Selain itu, mereka juga 'respect' dengan cara keluarga Fiza menilai seorang lelaki untuk dikahwinkan dengan anak mereka. Sedikitpun tidak membantah sebaliknya yakin dengan hanya melihat kesungguhannya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen