Tak kisah balik asrama naik motor, tapi ibu pula rasa terkurang. -"Ada rezeki kita beli kereta..."

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencukupi keperluan anak-anak meskipun berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi keluarga dan sebagainya.

Gadis imbau moment balik asrama naik motor

Itulah juga yang dirasakan oleh ibu kepada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ini sewaktu mengimbau semula kenangan menaiki motosikal pulang ke asrama bersama ibunya.

 

"Saya masih ingat ada suatu hari tu, masa ibu nak balik macam biasalah saya akan salam dan minta doa doakan anaknya. Tiba-tiba ibu cakap 'semua orang naik kereta, kita je naik motor. Nanti ada rezeki, ibu beli kereta okey?'"

Dia akui sebak dengan kata-kata ibunya kerana selama ini dia sebagai anak tidak marasakan itu sebagai satu kekurangan pun sebaliknya berbangga memiliki ibu seperti ibunya.

"Nasib baik rumah dekat..."

Menurut gadis yang dikenali sebagai Fatihah, pada ketika itu kesemua ibu bapa menghantar anak-anak mereka dengan kereta sementara hanya dia dan ibunya sahaja menaiki motosikal memandangkan itu sahaja kenderaan yang mereka miliki.

"Sepanjang 5 tahun di MRSM, setiap kali outing atau pulang bermalam memang ibu yang akan ambil dan hantar naik motosikal. Tak kiralah beg tu besar mana sekalipun, memang saya akan naik motor."

"Alhamdulillah memang rezeki masa tu saya dapat MRSM dekat dengan rumah, perjalanan tak sampai 15 minit."

-Fatihah-

 

"Tak nak ibu susah lagi..."

Bercerita pula tentang impiannya, Fatihah ingin memewahkan ibunya kerana insan kesayangannya tidak pernah berpeluang untuk merasai semua itu.

Lebih menyayat hati apabila melihat pengorbanan ibunya yang perlu membesarkan sendiri anak-anaknya selepas berpisah dengan ayahnya pada tahun 2016.

"Kalau ada rezeki, memang saya nak mewahkan ibu, belikan dia rumah besar, kereta siap dengan pemandu dam gelang emas. Sebab ibu saya tak ada semua itu dan saya tak nak dia rasa kekurangan bila tengok orang lain."

-Fatihah-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen