Imam masjid Putra mohon maaf, akui respon isu jemaah dua darjat keterlaluan

Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi telah memuat naik satu video yang memaparkan permohonan maaf yang dibuat olehnya susulan video penjelasannya mengenai layanan 'berat sebelah' terhadap jemaah pada Jumaat lalu.

Imam masjid Putra mohon maaf

Jelasnya, video tersebut dibuat kerana akui penjelasannya sebelum ini dilihat agak keterlaluan.

"Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP)."

-Ikmal Zaidi-

Harap orang ramai terus mengimarahkan masjid

Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai agar terus mengimarahkan masjid sama ada dalam menunaikan solat Jumaat atau solat fardhu serta program yang akan dianjurkan kelak.

Sebelum ini, Ustaz Ikmal telah tampil dengan penjelasannya berhubung isu dua darjat terhadap jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Jumaat.

Namun, kenyataan tersebut menjadi perdebatan pula dalam kalangan netizen kerana beranggapan bahawa ia terlalu sinis sehingga ada yang melabelkan imam itu terlalu sombong.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen