Seminggu barang tersadai, bila dah sampai 'seller' cuak beg tangan RM35K 'client' hilang

Kes kehilangan barang di syarikat kurier sering menjadi kerisauan dalam kalangan peniaga atas talian. Bukan sahaja akan menyebabkan hilang kepercayaan pelanggan malah, ia juga menyebabkan peniaga berdepan kerugian.

Seller cuak beg tangan RM35K hilang

 

Itulah juga yang telah dialami oleh Hanum Subri yang mana perkongsiannya telah dimuat naik semula di Twitter oleh pemilik akaun bernama Fatimah N. Mustaffa.

Hal itu kerana 'seller' terbabit berdepan detik hitam apabila barang pelanggannya hilang di sebuah syarikat kurier.

Terima kotak kosang

Difahamkan, nilai beg berjumlah melebihi RM35K itu 'lesap' ketika pelanggannya memaklumkan bahawa dia hanya menerima kotak kosong sahaja setelah beberapa minggu menunggu.

Walau dah jumpa, client tetap buat laporan 

Pun begitu, sehari selepas hantarannya berhubung kehilangan itu tular, akhirnya Hanum menerima respon daripada syarikat kurier JnT Sabah bahawa beg tersebut ada di situ.Bagaimanapun, tambah Hanum lagi, pelanggannya tetap ingin membawa kes tersebut kepada pihak polis dan tindakan selanjutnya akan menyusul.

"Insurans pun tak boleh cover"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya terkejut apabila mengetahui nilai harga beg yang hilang itu sekaligus berpendapat agar Hanum menggunakan syarikat kurier lain elak insiden berulang.

 

"Diaorang memang banyak kes"

Namun, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama yang pernah dihadapi oleh pengguna syarikat kurier terbabit.

"Barang aku dah genap sebulan"

"Beraninya guna JnT"

Pun begitu, ada juga yang mempersoalkan tindakan Hanum yang berani ambil risiko menggunakan khidmat kurier biasa untuk barang jualan berjenama miliknya.

Anda masih keseorangan?

963,312 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen