Sedang 'terluka', gadis sebak lihat kakak teresak nangis atas sejadah lepas solat

Setiap kali berdepan dengan masalah yang tidak tertanggung, Allah SWT adalah tempat terbaik untuk mengadu dan meminta.

Walaupun rasa tidak tertanggung namun, apabila diserahkan kepadaNya, jiwa terasa begitu lapang dan menenangkan jiwa.

Menangis teresak lepas solat.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @iqasalim ini apabila memuat naik video kakaknya yang menangis ketika selesai solat subuh.

Rakaman video berdurasi 15 saat itu memaparkan kakanya yang menangis teresak-esak selepas solat. Malah, pengguna TikTok itu juga memaklumkan bahawa kakanya sedang terluka.

@iqasalim turut berpesan bahawa kita tetap mempunyai Allah S.W.T setiap masa walaupun ketika itu kita telah kehilangan semuanya dalam hidup.

Pegang gambar & temenung.

Dalam video yang lain pula, pengguna TikTok merakam pula kakaknya yang sedang memegang dua keping gambar lelaki dan perempuan seolah-olah sedang bersedih disebabkan itu.

"Menangis lepas solat adalah paling tenang & puas"

Meskipun tidak tahu akan hal yang sebenar, rata-rata warganet tetap memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar dirinya bersabar dengan ujian yang diberikan.

Mereka juga turut berkongsi pengalaman melakukan hal yang sama iaitu menangis ketika solat sebagai terapi menenangkan jiwa dari masalah yang dihadapi.

Terasa puas

Pernah lalui yang sama

Masa ni saat paling tenang

Moga dipermudahkan semuanya

Anda masih keseorangan?

980,750 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen