"Jangan kurangkan lagi kasih sayang mama."- Cik B hampir nangis waktu 'live', minta Iqbal berhenti rayu

Keputusan Cik B enggan membenarkan Dato' Seri Vida berkahwin lagi adalah tetap dan tidak berubah.

Namun, siapa sangka ada kisah duka di sebalik keputusannya itu sehinggakan rata-rata netizen akui sebak dengan penjelasan puteri sulung usahawan itu.

Cik B luah perasaan di live

Menerusi muat naik oleh pengguna bernama Fara Bell, dia telah berkongsi sorotan video dari live yang dibuat Dato' Seri Vida pada Jumaat bersama dengan Cik B.

"Kenapa tak give up?"

Perkongsian tersebut menyaksikan luahan hati Cik B terhadap mamanya sekaligus menjelaskan asbab yang mendorong dia menghalang hubungan Vida dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal.

"Kenapa nak kahwin dengan mama...kenapa tak give up?"

"Cik B sayang mama, Cik B tak nak abang Iqbal kahwin dengan mama..."

"Mama dahlah kurang kasih sayang dengan Cik B, lepastu mama nak kurangkan lagi kasih sayang antara kita.

"Nak bagi kasih sayang dekat orang yang baru jumpa pula."

-Cik B-

Cik B nangis ketika live

Pun begitu, suasana ketika live agak tegang sehinggakan Vida juga tidak mampu untuk menenangkan anaknya membuatkan Cik B berlalu meninggalkan live.

Bagaimanapun, ada netizen mendakwa bahawa Cik B sedang cuba menyembunyikan air matanya dan memilih untuk pergi kerana enggan dimaperkan kepada umum.

Untuk makluman, hubungan Cik B dan Dato' Seri Vida baru sahaja berada di fasa untuk pilih apabila mereka sebelum dikatakan saling tidak bertegur.

Rasanya semua sedia maklum akan punca menyebabkan mereka berbuat demikian.

Apapun diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih rasional antara kedua-dua pihak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen