Belum sedia kongsi wajah anak, Shuib tunggu Ayash pandai merangkak. -"Saya risau penyakit ain."

Mengambil pendekatan serta pandangan daripada beberapa orang ustaz, Shuib memutuskan untuk tidak berkongsi wajah anak keempatnya, Ayash Affan kepada umum.

Belum sedia kongsi wajah Ayash

Jelas pelawak itu, bukan niatnya ingin membiarkan peminat terus ternanti-nanti sebaliknya, keputusan dibuat demi keselamatan anaknya.

"Tentang wajah Ayash, wallahualam saya tak tahu bila saya boleh dedahkan."

"Saya ada bertanya dengan beberapa ustaz risau dengan penyakit ain apabila orang puji comel sebab dia belum matang lagi."

"Kalau ikut sunggah Nabi SAW pun bayi kecil ni tak perlu espose dulu, kecuali keluarga."

-Shuib-

"Tak semua orang seronok tengok..."

Tambah Shuib lagi, apabila tiba masanya nanti dia tidak keberatan untuk berkongsi hadiah terakhir arwah isterinya kepada umum.

"Saya tahu ramai yang nak tengok wajah Ayash sebab semua orang nak tahu perjalanan cerita dan kronologinya."

"Penghujungnya mesti nak tengok Ayash. Tapi sebab bukan semua orang seronok tengok, mungkin itu (punca) kadang-kadang anak kita sakit."

"Jadi tunggu anak dah besar pandai merangkak dulu."

-Shuib-

Untuk makluman, Ayash Affan telah pun dibenarkan pulang selepas lebih sebulan keberadaannya di hospital kerana memerlukan penjagaan serta pemantaun rapi doktor.

Hal ini adalah kerana, dia merupakan bayi pramatang kerana lahir sebelum waktu yang sepatutnya susulan keadaan arwah ibunya yang sedang bertarung nyawa melawan virus Covid -19 sebelum ini.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen