Bagai pinang dibelah dua, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin selamat disatukan

Oleh: Zuzu Yasmine

Khabar angin mengenai kisah percintaan antara pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin, nampaknya tidak perlu disorokan lagi.

Terbaru, pasangan ini telah selamat dinikahkan di Masjid Usmah Bin Zaid sebentar sahaja tadi yang berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad tahlil.

Majlis pernikahan diadakan secara ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan selain turut dihadiri keluarga terdekat.

Pasangan ini dilihat lengkap sedondon mengenakan pakaian serba hitam di hari pernikahan mereka.

Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah @Zizie Mad Tahil menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk Cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

Tahniah dan selamat pengantin baru, Zizi dan Yusuf.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen