Iqbal dah tawar hati, tak 'layan' maaf Dato Seri Vida lagi?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa minggu ini, kisah percintaan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi perbualan hangat netizen.

Terbaru, Iqbal memuat naik tangkap layar perbualan dirinya bersama Dato Seri Vida di akaun Instagram miliknya.

DSV menangis minta maaf.

Dalam mesej yang dikirim di platform WhatsApp itu, Dato Seri Vida menangis sambil memohon maaf sekiranya perbuatannya menyinggung perasaan kekasihnya itu.

Malah, DSV turut meminta Iqbal memberi peluang kepada Cik B dan Kacak untuk dibimbing oleh bekas PAnya itu.

“Assalamualaikum, saya mohon banyak maaf kalau ada perbuatan saya tanpa saya sedar menyinggung perasaan. Perbuatan yang Cik B, Kacak yang menyinggung perasaan. Saya tahu awak sayang ke Cik B, saya tak pernah tak lekang perkataan sayang pada Cik B, Kacak. Bagi peluang dekat mereka, bagi peluang awak bimbing mereka.”

Cik B & Kacak trauma.

Tidak hanya itu, DSV juga meminta maaf bagi pihak dua anaknya kepada Iqbal atas tingkah laku mereka yang mengguris hati selain menjelasakan bahawa anak-anaknya masih belum matang dan trauma akan perkara yang lalu.

DSV juga beranggapan bahawa Cik B dan Kacak merupakan mangsa kepada keadaan menyebabkan merwka bertindak seperti itu.

“Maaf kan lah ke Cik B, Kacak. Maafkan saya jika saya banyak buat silap tanpa saya sedar. Boleh terima saya seadanya, saya gini. Maafkan Cik B, Kacak tu. Mereka tak matang, mereka trauma. Bagi mereka peluang semula, boleh tak? Kasihan diorang, diorang pun jadi mangsa keadaan.

Saya tak nak menangis lagi. Tak nak menangis nangis. Saya tak boleh macam ni. Bagi mereka peluang, mereka pun dah rasa bersalah. Saya tak nak mereka terbeban dengan perasaan bersalah. Bersama awak, saya, Cik B dan Kacak akan jadi orang hebat jadi macam kita selalu nak diorang jadi hebat. Bagi saya peluang betulkan keadaan.”

Bagaimanapun, pemuda berusia 27 tahun itu hanya membalas ringkas bahawa dia sudah tawar hati selain meminta agar tidak diganggu lagi.

Walau bagaimanapun, posting yang dilakukan oleh Iqbal telah pun dipadam dari akaun Instagram miliknya.

Apa-apa pun, diharapkan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini. Biasala dalam hubungan ada salah faham sikit.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen