Vaksin belum matang dah ke Langkawi, dua wanita diarah patah balik

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak Langkawi dibuka untuk pelancongan, orang ramai mula mengatur rancangan untuk bercuti ke pulau berkenaan walaupun terdapat SOP yang perlu dipatuhi bagi mengelak penularan Covid-19.

Memetik laporan Harian Metro, polis telah mengarahkan dua pelancong wanita yang mahu masuk ke Langkawi supaya berpatah balik ke Kuala Perlis, selepas mendapati suntikan dos vaksin Covid-19 mereka belum cukup tempoh matang 14 hari.

Wanita berusia 32 dan 35 tahun itu dikesan melakukan kesalahan terbabit ketika pemeriksaan polis ke atas semua penumpang yang baharu tiba di Terminal Feri Kuah pada 12 tengah hari, semalam.

Menurut, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kedua-dua wanita itu dilaporkan secara bersama menaiki feri penumpang dari Terminal Feri Kuala Perlis untuk bercuti ke Langkawi.

"Pemeriksaan anggota polis bertugas di balai ketibaan Terminal Feri Kuah mendapati kedua-dua penumpang terbabit menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

"Bagaimanapun, kami mendapati tempoh matang suntikan dos kedua diterima mereka belum mencapai tempoh 14 hari seperti ditetapkan iaitu kurang tiga hari," katanya.

Susulan itu, kedua-dua wanita terbabit dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang berada di lokasi pemeriksaan bagi melakukan pengesahan status vaksin mereka.

Dua pelancong berkenaan juga diarah berpatah balik ke Kuala Perlis dengan menaiki feri kenderaan dan penumpang dari Dermaga Tanjung Lembung pada 2 petang semalam.

Dalam pada itu, Shariman juga berkata, pihaknya belum mengeluarkan sebarang kompaun ke atas pelancong kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sehingga hari ini.

"Sepanjang tempoh pemantauan pematuhan SOP gelembung pelancongan yang memasuki hari kelima hari ini, polis belum mengeluarkan kompaun ke atas pelancong sejak Khamis lalu.

"Bagaimanapun, semua pelancong yang ingin masuk dan ketika berada di Langkawi dinasihatkan agar terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak tindakan diambil," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen