"Maaf, saya bukan Sajat..." -Tahu sedang diburu, Sajat guna nama Bella pula sorok identiti?

Meskipun tahu dirinya kini sedang menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen dan topik utama di dada akhbar, namun tiada sekelumit pun rasa takut bagi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat.

Masih aktif di media sosial

Malah, dia masih aktif di media sosial dengan mempromosikan produk-produknya dan hal itu dapat dilihat menerusi muat naik hantaran terbaharunya di Instagram.

 

Menurut sumber, tindakan itu seperti seolah-olah mencabar pihak berkuasa negara ini selepas dia berjaya meloloskan diri ke Thailand.

"Dia naik tocang"

Memetik laporan Harian Metro, selepas berjaya melarikan diri ke Bangkok, Nur Sajat dilaporkan menggunakan nama popular terbaharunya, Bella pula.

Dalam pada itu, dia juga kini 'berlagak' dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.

"Dia naik 'tocang' juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresin negara, Nur Sajat dilaporkan aktif di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan."

"Kebanyakan aktiviti dilakukan dalam kondiminum mewah itu..."

-Sumber-

"Maaf saya bukan Sajat"

Difahamkan, usaha media untuk menghubungi Nur Sajat juga gagal, malah individu yang menjawan pertanyaan menerusi nombor telefon yang tertera di media sosialnya juga mendakwa ia bukan milik Nur Sajat.

"Saya bukan Nur Sajat mak cik pak cik, maaf sangat..."

-Sumber-

Media sebelum ini melaporkan misteri kehilangan Nur Sajat akhirnya terrungkai apabila dia didapati berada di Bangkok, Thailand selepas sekian lama bersembunyi.

Perkara itu kemudian disahkan sendiri oleh pihak imigresen Thailand yang memaklumkan usahawan itu telah ditahan dalam satu serbuan namun, telah dibebaskan selepas diikat jamin.

Pun begitu, kini pihak berkuasa di Malaysia masih meneruskan usaha untuk membawa pulang usahawan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen