Nak pujuk isteri punya pasal, suami salahkan tembok kereta jadi calar

Orang kata waktu bercinta semuanya indah, kentut pun dikatanya wangi. Namun, kisah pasangan ini mungkin dapat membuktikan kepada orang ramai bahawa lepas kahwin pun 'mood' itu boleh dikekalkan.

Suami tenang kereta dipandu isteri 'tercium' tembok

Menerusi perkongsian pengguna Tiktok amrsemock_1 menyaksikan tindakannya sebagai suami apabila melihat keadaan kereta yang dipandu isteri calar dan kemik akibat 'tercium' tembok rumah.

 

Taktik 'back up' isteri jadi perhatian

Kereta yang dipandu sang isteri bukan calang-calang kereta ya, namun melihat isterinya hampir nangis kerana kecuaian sendiri dia tanpa berlengah terus cuba memujuk.

Apa yang dilakukan olehnya benar-benar di luar jangkaan apabila dia menyalahkan kewujudan tembok tersebut. Tambah armsemock_1 lagi, kalau kejadian itu berulang, mungkin tembok berkenaan akan dipecahkan.

"Terbaik bang, tak marah bini"

Menjengah pula ke ruangan  komen, rata-ratanya akui terhibur dengan respon tersebut sekaligus menyokong kata-katanya bahawa 'perempuan tak pernah salah'.

"Padahal nak nangis tu"

"Seperti ini yang kita mahu"

Dalam pada itu, ada juga yang mula menyimpan hasrat untuk memiliki bakal suami yang berperwatakan sepertinya.

 

"Mak aku pun macam ni..."

Namun, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama dan tak dinafikan boleh dikatakan selalunya dialami oleh kaum perempuan.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen