Zakir Naik cari jodoh untuk anak, tapi kriteria calon pula buat netizen perempuan 'turn off'

Dr Zakir Naik merupakan tokoh ilmuwan yang sangat disegani. Beliau juga amat aktif dalam aktiviti dakwah dan siapa sangka menerusi dakwahnya, ramai yang mula terpaut hati untuk mengenali Islam lebih dekat.

Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu bahawa Zakir naik mempunyai anak lelaki bernama Fariq Naik yang juga merupakan seorang penceramah hebat seperti bapanya. Bak kata pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Zakir Naik cari calon isteri untuk anak

Namun, apabila anak bujangnya telah menginjak dewasa, Zakir Naik berhasrat untuk mencarikan calon bakal isteri pula untuk Fariq yang mana hasrat itu juga telah diwar-warkan di media sosial.

 

Kriteria calon buat netizen tepuk dahi

Dalam hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama @JalalMisai_2 menyaksikan beberapa kriteria yang digariskan oleh tokoh ilmuwan itu.

Disusuli dengan risalah tersebut, Zakir Naik turut berharap agar orang ramai tidak keberatan untuk terus menghubungi nombor tertera atau mengantar 'resume' sekiranya berminat.

"Terlalu hebat bakal isteri"

Susulan perkara tersebut, tak dinafikan rata-ratanya mula meninggalkan komen seperti mengeluh dengan kriteria tersebut. Barangkali terasa seperti memikul batu yang berat.

 

"Terasa kerdil tengok ciri-ciri"

 

 Bagaimanapun, tiada yang mustahil kerana apabila sudah sampai serunya, jodoh itu pasti akan hadir pada waktu yang telah ditentukan. Selain itu, rata-ratanya turut berharap agar hasrat murni tokoh itu dipermudahkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen