Lelaki Lebih Suka Fikirkan Tentang Komitmen, Ini 10 Situasi Yang Wanita Perlu Faham.

Wanita perlu faham 10 situasi ini dimana lelaki lebih suka fikirkan tentang komitmen :

1. Bila si dia sibuk, jangan pula korang terhegeh-hegeh minta dia menjemput di tempat kerja ataupun teman pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego, jangan sesekali korang mempersoalkan tentang keegoan bila dia bersikap begini kerana ego sedang menguasai dirinya. Lelaki sangat payah untuk mengakui dirinya ego. Elok diam dan dengar sahaja.



3. Bila si dia romantik. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam ke tempat first korang date sambil kenangkan saat-saat manis pertemuan dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran, jangan membuat sesuatu yang boleh semarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba korang berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. Bila macam ni, kalau korang sayangkan hubungan elok lah korang jadi air.

5. Bila si dia penat, jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Bila macam ni, si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan paksa dia buat sesuatu yang boleh menambah kepenatannya. Esok agak dah ok, baru lah bercerita. Sebab lelaki ni suka je tadah telinga dia bila mood dia ok.



6. Bila si dia pentingkan diri sendiri. Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati korang tentang sikapnya itu. Korang patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat korang juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. Kalau korang memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, korang perlu bercakap padanya untuk membiarkan korang membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan korang berdua.

8. Bila si dia selamba. Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, korang patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.



9. Bila si dia curang. Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah korang sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul. Memang korang boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi janganlah sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Korang patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen