Berhenti terus berkhayal, mufti minta Sajat terima kenyataan dilahirkan sebagai lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kontroversi penahanan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, usahawan berkenaan diminta untuk berubah dan menerima kenyataan bahawa dirinya diciptakan sebagai lelaki.

Memetik laporan Hatian Metro,  Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, usahawan berusia 36 tahun itu perlu menyerah diri, menjalani proses undang-undang dan menjalani kehidupan secara normal.

Katanya, tiada manusia sempurna yang bebas daripada melakukan dosa selain Allah SWT mengetahui hambaNya adalah makhluk yang lemah.

“Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya yang ingin membersihkan diri dan kembali ke jalan yang diredai-Nya.

“Cuma bezanya, ada manusia yang cepat insaf, lantas kembali ke pangkal jalan selepas menyedari yang dirinya tersasar daripada syariat yang ditetapkan di dalam agama.

“Sebaliknya ada pula yang berdegil dan terus berlarutan di dalam dosa dan maksiat,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa Sajat seharusnya akur dengan ketetapan Ilahi kerana dicipta sebagai seorang lelaki berbanding memilih untuk terus hidup dalam khayalan dan kepura-puraan.

“Masalah jantina bukan pilihan kita tetapi ketetapan Sang Pencipta yang maha mengetahui dan bijaksana. Jadi setiap manusia hendaklah akur dan menerima apa yang ditetapkan Tuhan untuk diri masing-masing.

“Bertindak berlawanan dengan hukum syariat dan tabii hanya akan membinasakan diri sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, pihak berkuasa agama tidak memandang hina terhadap golongan seperti Sajat sebaliknya cuba memberi membimbing serta nasihat dengan sebaiknya.

“Mungkin mereka sukar menerima nasihat kerana sudah terbiasa berada di jalan yang salah, namun inilah kewajipan kita untuk membantu sesama Islam.

“Pengalaman mengajar kita bahawa sekeras mana hati seseorang itu, namun jika selalu dinasihati secara jujur, dengan izin Allah SWT…

“…hati yang keras tidak mustahil akan kembali lunak dan bersedia menerima nasihat demi kebaikan diri sendiri,” tambahnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen