Tak nampak macam 60 tahun, pengantin 'look young & fresh' disolek MUA di hari bahagia

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjelang hari bahagia, setiap wanita pastinya ingin tampil lebih menawan dan cantik di hari perkahwinan mereka.

Malah, mereka juga sanggup mengupah jurusolek atau MUA yang berkemahiran untuk tampil lain dari lain pada hari bahagia itu.

“Tapi saya dah berumur...”

Seperti video yang dikongsi di TikTok oleh jurusolek @ermatahir yang berjaya mentatarias seorang pengantin berusia 60 tahun tampil seperti anak dara pada majlis nikahnya.

Menurut @ermatahir, awalnya pengantin berkenaan bertanya adakah dia boleh mentatarias seseorang yang sudah berusia 60 tahun.

Bimbang akan usianya, pengantin juga dikatakan meluahkan hasrat kepada @ermatahir untuk tampil berseri di hari bahagia.

Pengantin suka sangat.

Yakin akan kemahiran yang ada, @ermatahir berjaya membuat pengantin berusia 60 tahun berkenaan berpuas hati dengan hasil kerjanya selain dia juga tampil lebih cantik.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rara-rata netizen memuji akan kemahiran yang dimiliki oleh MUA berkenaan. Mereka turut memuji bahawa pengantin tidak terlihat seperti sudah berusia.

Nampak macam 30an

Berseri, lawanya

Selamat pengantin baru

Hebat MUA

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen