Nak cepat 'slim' punya pasal, wanita hampir rosak organ lepas ambil ubat kurus

Bagi individu yang memiliki tubuh badan bersaiz besar, pastinya terdetik hasrat di hati ingin kembali langsing. Namun, segelintir dari kalangan kita lebih memilih untuk menggunakan 'jalan mudah' bagi mendapatkan proses yang cepat.

Misalnya dengan mengambil pil kurus atau ubat-ubatan yang tidak dapat ditentukan sama ada ia benar-benar selamat atau sebaliknya.

Bahana ubat kurus makan diri

Justeru itu, eloklah sekiranya kita ambil iktibar dari perkongsian seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai masturinadia agar kelak tidak merana.

 Organ hampir rosak

Menurut dia yang mesra disapa Iena, organnya hampir rosak  selain memberitahu bahawa tangan dan kakinya kebas sehingga tak mampu pijak tanah dek bahana ambil ubat kurus.

Namun, apa yang lebih parah apabila dia juga tiada daya untuk bercakap sementara tangan menggeletar sebelum akhirnya doktor terpaksa menahan dia di wad.

Kesan masih ada lepas 3 tahun

Tambah Iena, meskipuan ia sudah 3 tahun berlalu tetapi kesan ubat itu masih terasa hingga sekarang membuatkan dia serik dan berharap agar orang ramai tidak terjebak.

"Share lah jenama"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya meminta agar Iena mendedahkan jenama produk terbabit agar orang ramai lebih berwaspada namun, bukan niatnya untuk menutup 'periuk nasi' peniaga terbabit sebaliknya hanya ingin orang ramai berwaspada.

 

"Supaya orang lebih hati-hati"

 

"Pernah jadi macam ni"

Dalam pada itu, tak kurang juga berkongsi pengalaman sama akan kesan kepada diri selepas mengamalkan ubat kurus berkenaan.

 

"Saya pernah makan..."

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen