Kematian Adib belum terbela, bapa harap tutup kes cuma sementara

Sebelum ini media melaporkan bahawa kes kematian melibatkan seorang anggota bomba, Muammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara sehingga menemukan bukti baharu.

Keluarga harap tutup kes cuma sementara

Bagaimanapun, keluarga Allahyarham Mohd Adib tetap berharap agar pihak berkuasa meneruskan siasatan insiden tersebut.

Hal ini kerana menurut ayah Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim, pihaknya merasakan kematian anak masih belum terbela dan ahli keluarga tidak berpuas hati sekiranya kes itu ditutup.

"Sekiranya mahu tutup sementara tak apa, kita cuma tak mahu kes ditutup terus."

"Saya harap pihak polis terus melakukan siasatan, jika ada siasatan mesti ada petunjuk baru."

-Mohd Kassim-

"Saya dan isteri pasti kecewa"

Tambah Mohd Kassim lagi, pihaknya akan berbincanga dengan peguam keluarga untuk tindakan yang sesuai bagi memastikan kematian Muhammad Adib terbela.

"Saya dah isteri pasti akan kecewa jika kes ini ditutup terus, saya akan bincanga dengan peguam keluarga dan minta nasihat sekiranya ada tindakan yang sesuai boleh diambil untuk membela kematian anak saya."

-Mohd Kassim-

Untuk rekod, Muhammad Adib yang juga merupakan seorang anggota bomba antara yang terlibat dalam satu rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Novermber 2018.

Susulan insiden, arwah Adib mengalami kecederaan parah dan telah menemui ajalnya selepas 21 hari bertarung nyawa.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen