Bagai pahlawan! Izreen Azminda dan suami pilih nama Ali Idrees untuk 'baby boy'

Lebih seminggu pelakon Izreen Azminda melahirkan, kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh peminat iaitu pendedahan nama anaknya.

Izreen dedah nama anak

Menerusi hantaran terbaharu Izreen, dia telah memuat naik sekeping gambar putera kecilnya beserta kapsyen yang memaklumkan nama anak serta berat semasanya ketika ini.

Bagaimanapun, wajah anaknya ditutup dengan emoji hati yang membuatkan rata-ratanya berpendapat bahawa Izreen mungkin belum bersedia untuk mendedahkannya.

Untuk rekod, Izreen Azminda telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 September lalu.

Tahniah diucapkan buat Izreen dan Ude, moga dengan kehadiran menjadi penyeri dalam rumah tangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen