Kongsi rezeki sempena lancar produk baru, Instafamous terbangkan RM10,000 ke langit

Sikap sesetangah individu yang gemar membuat video secara 'keterlaluan' sama ada bertujuan untuk 'marketing' atau bukan, pasti akan mengundang kecaman serta kritikan.

Pun begitu, mereka sepertinya kalis kecaman sehinggakan tak kisah untuk terus berbuat yang demikian seperti yang dilakukan oleh seorang Instafamous baru-baru ini.

Isa Isarb terbangkan RM10,000

Dia yang dikenali dengan nama Isa Isarb menerusi hantarannya di Instagram telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan detik-detik di mana duit kertas RM1 berjumlah RM10,000 diterbangkan ke langit.

Sempena hari pelancaran produk baru

Difahamkan, ianya bersempena dengan hari pelancaran produk terbarunya. Tambah Isa lagi, sebelum ini dia juga pernah buat perkara yang sama dengan menerbangkan sejumlah RM10,000 tapi dalam bentuk cek.

Namun, memandangkan tiada yang bernasib baik mendapatkan cek itu, jadi pihaknya mengambil inisiatif untuk menukarkannya dalam bentuk wang sebenar pula.

"Bazir je kalau tak jumpa"

Bagaimanapun, tak dinafikan pasti ada yang kurang menyenangi tindakan individu terbabit dengan menyarankan agar dia menggunakan cara yang lebih  beradab untuk berkongsi.

"Tolong hormat duit"

"Terima kasih bang..."

Namun, ada juga yang tak kisah melihat situasi itu memandangkan setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk berkongsi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen