Ragu status anak, bekas pemain bola ceraikan isteri ketika sarat mengandung

Oleh: Zuzu Yasmine

Ragu dengan status anak keduanya, bekas pemain bola sepak Selangor dan Indonesia, Bambang Pamungkas telah menceraikan isterinya ketika sarat hamil anak kedua.

Menerusi laporan Pop Frid, Bambang dan isterinya, Amalia Fujiawati, dikatakan telah membuat keputusan untuk berpisah secara baik ketika isterinya sedang hamil.

Tak tunai janji.

Bagaimanapun, bekas isterinya geram akan tindakan Bambang yang dikatakan mungkin janji dan tidak bertanggungjawab terhadap anaknya itu.

Bambang dikatakan pernah berjanji untuk memberi nafkah bulanan, berjumpa anaknya sebulan sekali dan membuat panggilan video dua kali seminggu kepada anaknya.

Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa anak kedua pasangan itu bukan darah daging bekas pemainan bola sepak berkenaan namun selepas membuat ujian DNA menunjukan bahawa itu anak mereka.

Masih menafikan.

Meskipun hasil DNA telah membuktikan bahawa itu adalah anak pemain bola itu, namun Bambang masih lagi menafikan status anaknya itu.

“Saya harap Bambang menamatkan drama ini. Hati Bambang sebenarnya tahu yang anak-anak itu adalah anak kandungnya.” -Amalia

Malah, keadaan juga menjadi rumit apabila mahkamah memutuskan bahawa status anak mereka gagal dibuktikan kerana mereka telah berkahwin secara rahsia tanpa wali dan dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

“Anak tersebut tak terbukti anak dari kedua belah pihak. Maka tuntutan hak asasi anak dan mata pencarian anak ditolak oleh panel hakim.”


Artikel Lain

Tinggalkan Komen