Dakwaan pelajar maut sebab vaksin salah, polis kata meninggal dunia sebab sakit

Baru-baru ini telah tular sebuah video klip berdurasi 38 saat yang menyaksikan seorang wanita sedang berucap kepada sekumpulan individu.

Difahamkan ianya sebagai tanda solidariti untuk menuntuk hak supaya pelajar sekolah tak diwajibkan vaksin selepas didapati dua orang pelajar telah meninggal dunia selepas menerima suntikan.

"Tiada kena mengena dengan vaksin"

Mengambil serius akan perkara tersebut yang didakwa menimbulkan kegusaran awam, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menafikan dakwaan wanita terbabit dengan memaklumkan bahawa kematian pelajar terbabit bukan disebabkan vaksin.

"Kedua-dua kejadian tiada kena mengena dengan vaksin kerana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja bermula 20 September lalu."

-Polis-

"Kedua-duanya ada sakit..."

Tambahnya, kematian dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai adalah disebabkan jangkitan Covid-19 dan penyakit jantung.

Sementara itu, kematian pertama direkodkan pada 18 Julai lalu membabitkan seorang pelajar perempuan sekolah itu yang disahkan positif Covid-19.

"Pelajar itu menghidap kencing manis dan darah tinggi tahap kronik selain dua bulan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh."

Manakala, kematian kedua direkodkan pada 17 September lalu membabitkan seorang pelajar lelaki yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung.

"Maklumat yang disebarkan tidak benar dan mengelirukan. Memang ada dua orang pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia tetapi bukanlah disebabkan vaksin."

-Polis-

Susulan insiden, polis akan pangil individu terbabit bagi membantu siasatan memandangkan dakwaan itu tidak benar dan menimbulkan kegusaran awam.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen