"Jangan beri sakit pada orang lain, kesian..." - Abang arwah Siti Sarah tak sabar nak ambil vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah pada awal bulan lalu disebabkan jangkitan Covid-19 pastinya membuka mata orang ramai akan bahayanya virus berkenaan.

Malah, seisi keluarga Allahyarham juga turut dijangkiti virus tersebut sehinggakan abang kepada arwah Ahmad Firdous Raissuddin telah dikejarkan ke hospital dan ditidurkan selama 42 hari berikutan berada di tahap 4 jangkitan Covid.

Dulu antivaksin, sekarang tidak lagi.

Berikutan itu, sesetengah netizen mendakwa bahawa abangnya merupakan salah seorang yang menolak vaksin selepas melihat posting yang dibuat di media sosial.

Bagaimanapun, selepas kembali sembuh dan telah dibenarkan pulang, Ahamad Firdous telah berkongsi keadaannya selain turut tips berguna untuk mereka diluar sana sentiasa berjaga-jaga.

"Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh selepas kembali pulih daripada Covid-19 ini. Malah, kalau orang cakap dulu saya antivaksin, memang betul saya antivaksin sebelum ini di atas sebab-sebab tertentu.”

Menerusi video berdurasi 33 minit itu, dia berkata bahawa sesiapa yang berterusan menjadi antivaksin itu adalah hak masing-masing namun berlainan pula buatnya ketika ini.

"Untuk saya, memang nak ambil vaksin. Kalau boleh dapat segera, saya akan terus pergi cucuk. Tapi, memandangkan masih lagi dalam proses pemulihan kerana paru-paru saya sudah rosak teruk, atas nasihat doktor tak boleh ambil vaksin lagi.”


Jururawat & doktor banyak berjasa.

Dia yang kesal akan khilafnya sangat menghargai jasa doktor dan jururawat yang merawatnya sepanjang dirinya berada di hospital.

“Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor dan jururawat. Bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya ni, terima kasih banyak-banyak. Frontliners memang saya respect. Frontliners yang menjaga di wad ICU, saya katil kat depan bayangkan macam mana diorang bekerja.”

Penjelasan yang dibuat Firdous itu pasti sangat bermanfaat buat mereka yang masih belum mengambil vaksin. Meskipun menyedari itu hak individu tetapi dia berkongsi penderitaan yang terpaksa dia alami sepanjang dijangkiti virus berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen