Guna alasan hantar anak tipu Ellie Suriati, Azri Iskandar harap isteri terbuka hati ambil vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon Azri Iskandar terpaksa berbohong pada isterinya, Ellie Suriati demi mendapatkan suntikan vaksin.

Memetik laporan MalaysiaKini, Azri berkongsi reaksi isterinya yang terkejut apabula mengetahui bahawa dia sudah divaksin.

Katanya, bagi mendapatkan vaksin dia terpaksa memberitahu Ellie bahawa dia mahu ke bengkel menghantar mereka.

“Ellie sangat terkejut apabila mengetahui saya dah lengkap dua dos vaksin Covid-19. Selama ni saya sering jawab ‘tak’ saja apabila ditanya mengenai vaksin walaupun sebenarnya saya dah cucuk (ambil vaksin).

“Dia tahu hanya selepas saya memaklumkan kepadanya yang saya akan jalani penggambaran. Semasa nak pergi pusat vaksin tu pun saya cuma bagitahu Ellie yang saya nak pergi ke bengkel hantar anak,” katanya.

Jelasnya, jika dia tidak mendapatkan vaksin dia akan hilang punca pendapatan selain turut mengakui bahawa dia takut untuk mengambilnya namun terpaksa demi kerja.

“Sebelum ni dia (Ellie) asyik bising pasal antivaksin. Saya pula terpaksa ambil vaksin. Jika tak ambil, tak boleh bekerja. Saya pun takut nak ambil vaksin tu sebenarnya. Tapi dah terpaksa, kenalah ambil juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azri turut menyatakan bahawa dia akan berbincang dengan Ellie akan persekolahan anak-anaknya selain berharap isterinya akan terbuka hati untuk menerima vaksin.

“Saya berharap boleh berbincang dengan Ellie pasal persekolahan anak-anak. Mungkin di kemudian hari, Ellie juga akan terbuka hati untuk ambil vaksin terutama bila keadaan sudah terpaksa. Saya harap dia akan berfikir panjang,” tambahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen