Aksi gigit bibir kukuhkan lagi bukti, individu berkeras kata video Ebit Lew palsu

Sejak kebelakangan ini, media sosial terus dibanjiri dengan pelbagai dakwaan seorang pendakwah terkenal yang terlibat dengan perbuatan seksual sehingga menjadi perdebatan dalam kalangan wargamaya samada ianya benar atau palsu.

"Saya tiada niat huru hara keadaan"

Meskipun, Ebit Lew masih tidak bersuara akan hal itu namun, masih ada beberapa pihak di belakang pendakwah terbabit yang berkeras menafikan video berkenaan sekaligus mengatakan bahawa ianya helah aplikasi 'deepfake'.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Aziz Ramli menyaksikan paparan bukti yang menunjukkan bahawa video yang tersebar itu adalah palsu.

Menurut Aziz, pendedahan itu dibuat bukan bermakna dia seorang pentaksub sebaliknya hanya ingin orang ramai berhati-hati sebelum meninggalkan kecaman terhadap Ebit Lew berhubung isu tersebut.

Guna bantuan pakar nilai video

Justeru itu, dia telah meminta bantuan salah seorang rakannya yang berada di Pakistan yang pakar dalam 'editing' sebelum berkongsi bukti-bukti tersebut.

 

Dalam perkongsian itu, Aziz turut berkongsi beberapa perbezaan pada pendakwah terbabit yang mungkin menyebabkan segelintir individu tidak menyedari akan perkara itu

Penemuan lengkuk pada anggota

 

Kening nampak tebal belah kiri

Tona warna kulit tak sekata

Aksi gigit bibir kukuhkan lagi bukti

Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar perkongsian namun, orang ramai masih menunggu tindakan lanjut dari pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut termasuklah pengakuan Ebit Lew sendiri untuk memastikan samada video yang tular betul atau sebaliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen