"Dia kahwin dengan DSV, barulah saya minta maaf..." -Danial Zaini

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah percintaan Dato Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahamd Iqbal Zulkefli sememangnya mendapat perhatian ramai sehingga dijadikan bahan parodi untuk menghiburkan orang lain.

Malah, Iqbal juga meluahkan rasa kecewa apabila kisah cintanya dijadikan video parodi kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan.

Turut melakukan parodi di program MeleTop, pelawak dan pengacara, Danial Zaini menyatakan bahawa dia tidak akan memohon maaf kepada Iqbal selagi tidak membuktikan akan berkahwin dengan jutawan kosmetik berkenaan.

Menerusi laporan mStar Online, pelawak berusia 28 tahun itu turut menyatakan bahawa kisah cinta itu sekadar marketing produk mereka sahaja.

"Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia.

“Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.

Tak perlulah berlakon… sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu,” katanya.

Bagaimanapun, Danial yang melakonkan watak itu bersama Catriona Ross dan jihan Muse menyatakan bahawa dirinya tidak menyebut nama mana-mana individu.

“Dalam parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.

“Apa yang saya dan rakan lain buat hanya jalankan kerja sebagai pelakon sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Iqbal meluahkan rasa kecewa apabila segelintir pihak mengambil kesempatan dengan menjadikan kisah cintanya bahan jenaka yang menghiburkan orang ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen