Tak sarapan & tidur lewat, punca remaja hampir pengsan lepas suntik vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang remaja dalam keadaan tidak bermaya dan lemah longai selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, remaja berkenaan dikatakan tidur lewat malam selain tidak bersarapan sebelum pergi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Mall, Klebang, Melaka.

"Pelajar lelaki berkenaan tiada sebarang masalah kesihatan tetapi gementar ketika suntikan dibuat," katanya.

Beliau berkata, keadaan seumpamanya boleh terjadi kepada individu yang terlalu takut, risau, tertekan atau terlalu sakit.

"Keadaan begini dalam istilah perubatan dikatakan 'syncopal attack' atau vasovagal syncopy," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan remaja berkenaan telah dibenar pulang selepas didapati sihat dan selesai pemerhatian di PPV.

"Saya akan dapat maklumat lebih terperinci apabila menziarahi pelajar ini esok (Jumaat) jam 8.30 pagi. Apa pun pemeriksaan asas kesihatan perlu dilakukan doktor," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan ibu bapa dan penjaga memastikan anak berada dalam keadaan terbaik termasuk tidur mencukupi dan bersarapan sebelum menerima suntikan vaksin.

"Saya sarankan pada pihak pengurusan PPV mengingatkan pelajar dan ibu bapa sekali lagi agar bersarapan," ujarnya.

Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, pelajar juga tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak seminggu selepas menerima suntikan vaksin.

"Jika ada masalah kesihatan, mesti maklumkan kepada doktor," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen