Dikejar ke hospital akibat serangan asma, ibu arwah Abam & Ali Puteh meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.54 malam tadi.

Difahamkan Sabariah Arshad, 64, telah diserangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.

Ali Puteh memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dan mengharapkan doa buat ibunya dari orang ramai.

“Assalamualaikum. Mak saya telah pergi mengadap ilahi, doakan buat mak saya ye semua. Mak jumpa abang disana ye,” tulis di ruang caption.

Ali turut memaklumkan bahawa jenazah ibunya akan dikebumikan di Masjid Batu 8 Gombak pada jam 9 pagi ini dan akan dikebumikan di Sungai Pusu Gombak sebelum solat Jumaat.


Memetik laporan Gempak, ibu kepada pelawak itu telah dimasukan ke zon kritikal pada Selasa lalu kerana serangan asma.

Allahyarham juga dikatakan telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Salam takziah diucapkan buat keluarga Ali Puteh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen