Diserang penyakit misteri, Ustaz Kazim dedah temui abu & gambar terbakar sebelum kaki bengkak

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular akan video penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias yang menggunakan tongkat dan juga terpaksa di tolak di atas kerusi roda.

Keadaan tersebut menyentuh hati sesiapa sahaja hinggakan ramai yang bertanya mengapa penceramah terkenal tersebut menjadi seperti itu.

Menerusi satu temubual secara langsung di Facebook Da’i Ahmed, Ustaz Kazim telah mendedahkan mengapa dirinya berkeadaan seperti itu seperti video yang tular.

Dalam live tersebut, Ustaz Kazim memaklumkan bahawa dirinya tidak begitu sihat namun mengagahkan diri untuk berkongsi ilmu bersama.

Berkongsi akan keadaan dirinya, Ustaz Kazim memperlihatkan keadaan kakinya yang terkini yang dilihat membengkak.

Malah dia juga mendedahkan bahawa sebelum kakinya membengkak, dia menemui satu kotak berisi abu berserta gambarnya yang sudah terbakar di laluan dia mengajar.

“Ia diletakkan pada laluan saya masuk mengajar kuliah. Orang lain tak memang tak lalu ikut laluan itu, saya seorang sahaja. Habis dari mengajar itulah saya baru perasan abu ini. Saya nampak dalam abu itu ada beberapa keping gambar yang dah terbakar separuh.

“Esoknya, kaki kiri saya terus bengkak sampai ke betis. Bila buat pemeriksaan doktor, tiada apa ditemui. Mulanya ingatkan gout, ramai kata begitu. Ada yang ingat ada nanah tapi bila doktor belah tiada apa keluar.

“Tapi alhamdulillah, lepas berubat cara perawatan Islam dalam beberapa minggu ini, bengkak di akka ada nampak semakin baik. Saya memang tak nak ditahan di hospital. Dulu dan pernah ditahan, buat pembedahan masa sakit perut dulu, tapi bila dah bedah tak nampak apa penyakitnya,” kongsinya.

Ustaz Kazim turut mengakui kakinya bengkak disebabkan kesan sihir selain tidak dapat tidur di malam hari.

“Kaki pun kena letak atas bantal, mana selesa tidur begitu. Saya guna wheel chair dalam rumah yang orang wakafkan, saya pinjam sekejap. Solat pun atas kerusi roda,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menghalangnya untuk terus mengajar dan memandang secara positif akan ujian yang Allah SWT berikan kepadanya.

Apa-apa pun kita harapkan kesihatan Ustaz Kazim semakin membaik dan boleh menyebarkan ilmu seperti biasa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen