Bekas isteri buka mulut status Fizo Omar, rancang nikah tahun ini?

Pernah memberi bayangan terhadap status hubungan dirinya, namun Fizo Omar masih berteka-teki akan perkara itu membuatkan rata-rata peminat menganggap ia sebagai satu gurauan.

Bekas isteri dedah Fizo nak kahwin

Memetik laporan Harian Metro, Mawar Karim yang juga merupakan bekas isteri kepada Fizo akhirnya buka mulut berkongsi bahawa pelakon itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Dia memang ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila."

"Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila...kira okeylah dia beritahu saya."

-Mawar Karim-

Harap dia belajar dari kesilapan

Tambah Mawar lagi, dia meluahkan syukur di atas khabar gembira itu selain berharap agar Fizo belajar dari kesilapan perkahwinan lalu dan mendoakan yang terbaik buatnya dan pasangan.

"Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okey dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik."

-Mawar Karim-

Untuk rekod, Fizo Omar dan Mawar telah berpisah pada tahun 2019 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan bersama, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Maryam. Meskipun sudah berpisah, namun hubungan mereka tetap baik dan tidak pernah berkira dalam soal menjaga anak.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen