Kamal Adli titip ucapan romantis buat Uqasha, -"Nak hidup & mati dengan awak seorang..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Bermula di set pengambaran, kini pasangan pelakon romantis, Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli dikatakan sedang menanti hari untuk disatukan.

Malah, baru-baru ini juga dapat dilihat Uqasha sedang sibuk menghadiri ‘bridal shower’ sebelum dirinya bergelar isteri kepada Kamal.

Kata-kata romantis dari Kamal.

Menerusi perkongsian Instastory Uqasha, dia ada menerima sekeping kad ucapan bersempena majlis parti bujang daripada tunangnya itu.

Dalam kad tersebut, Kamal meluahkan akan kehadiran Uqasha merupakan antara perkara paling hebat yang pernah berlaku kehidupannya.

“Sayang, saya sangat mencintai awak. Awak sangat cantik! Awak terbaik dan perkara paling hebat yang pernah saya lalui dalam hidup.”

“Saya tak mahu kehilangan awak sayang. Kita pasti boleh hadapi semua ini. Nak hidup dan mati dengan awak seorang. Saya sangat sayangkan awak.” – Kamal Adli

Malam tadi, Uqasha diraikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat dalam sebuah majlis parti bujang bertemakan gaya Sepanyol di sebuah kediamannya di ibu negara.

Dalam pada itu, desas-desus mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut yang dijangka berlangsung pada minggu ini menjadi perhatian ramai yang rata-rata tidak sabar menunggu mereka disatukan.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 pada tahun lalu sebelum dilaporkan bertunang dalam sebuah majlis tertutup pada April lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen