Kes simbah air panas & cucuh rokok pada dua beradik, suami isteri direman bantu siasatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes dua beradik yang mengalami cedera parah selepas disyaki disimbah air panas dan dicucuh api rokok, polis telah menahan dua suspek di Taman Selesa Jayadi, Iskandar Puteri.

Memetik laporan Kosmo Online!, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua mereka yang ditahan itu merupakan sepasang suami isteri yang merupakan pengasuh kepada mangsa.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 32 tahun itu dikenakan tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.

“Sementara itu, dua daripada tiga individu yang ditahan polis sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam iaitu B. Mariamah, 60, dan anak perempuannya, R. Deeba, 37.

“Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-duanya yang tidak bekerja kemudian dikenakan jaminan RM15,000 masing-masing namun kerana gagal membayar, mereka ditahan di dalam lokap di Skudai,” katanya.

Sebelum ini, media melaporakan  dua beradik berusia 6 dan 11 tahun didera dengan cara dipukul dengan rotan getah paip, disimbah dengan air panas selain dicucuh dengan puntung rokok dipercayai perbuatan pengasuh mereka.

Malah, pengasuh turut menghantar mangsa menggunakan e-hailing selepas perbuatannya dihidu oleh ibu kepada dua beradik berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen