Gadis 17 tahun dedah bahagia kahwin awal, kini sedang hamil, -"Buat kerja sekolah ada orang teman..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Makin kerap kita melihat para remaja yang bertemu jodoh pada usia muda sekaligus memilih menghalalkan hubungan menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Walaupun masih belum tamat sekolah lagi, nampaknya itu bukan penghalang mereka ini membuktikan hubungan cinta mereka ke arah yang lebih serius.

Buat kerja sekolah ada teman.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @akma.nasri, dia telah memuat naik beberapa keping foto kebahagiaannya bersama suami tersayang.

Menjawab persoalan mereka yang bertanya dirinya berkahwin awal, @akma.nasri berseloroh bahawa dia mempunyai teman ketika menyiapkan kerja sekolah selain turut mendapat pahala dalam melakukan semua perkara.

Kahwin Mei lalu.

Menjengah ke ruangan Instagram @akma.nasri rupanya baru berusia 17 tahun manakala suaminya pula berusia 19 tahun dan kini mereka sedang menanti cahaya mata sulung yang bakal lahir pada tahun hadapan.

“Rezeki kahwin muda...”


Video berdurasi 18 saat itu mendapat pelbagai reaksi netizen malah telah ditonton sebanyaj 1.2 juta tontonan.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini, namun ada juga yang merasa rugi melihat pasangan ini menamatkan zaman bujang terlalu awal.

Bagus kahwin, jauhi zina

Moga bahagia selalu

Ingat kahwin ni sedap-sedap ke?

Kahwin awal juga

Moga berkekalan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen