Elyana terkilan, ejen insurans guna video & foto tanpa izin, -"Anda semua tiada perasaan..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa ketika ini penyanyi, Elyana sedang bertarung melawan kanser limfoma tahap empat.

Malah, penyanyi berusia 34 tahun ini pernah memaklumkan bahawa dirinya mengambil pakej insurans tertentu untuk pembiayaan kos rawatan sewaktu dirinya di hospital.

“Anda semua tiada perasaan.”

Terbaru, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu meluahkan rasa terkilan apabila segelintir agen insurans menggunakan video dan gambarnya untuk mempromosikan pakej insuran yang mereka tawarkan.

Menerusi IG Story penyanyi lagu Kalis Rindu itu, dia meminta agar semua agen insurans tidak mengambil kesempatan di atas kesulitan yang sedang dia tanggung ketika ini.

“Saya tak izinkan sama sekali.”

Bahkan menegur mereka agar meminta izin terlebih dahulu sebelum menggunakan video dan fotonya di media sosial untuk mempromosikan insuran mereka.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan berani mengenai dia menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017 lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen